beruntung..orang yang.. beriman.. beramal soleh.. berpesan2 pada kebaikan.. berpesan2 pada kesabaran..

Wednesday 30 March 2011

saya ada Dia..kamu juga ada Dia...

Bila rasa x semangat...gundah gulana..sedey..huhuhu..
Ngtlah..Allah sntiasa ada dgn kita..
menenangkan kita dengan ayat2Nya...
“..ketika itu dia berkata kepada sahabatnya. ‘jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersamaa kita...”
9:40

“kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari kamu...”
3:154

bila kita keseorangan, dalam ketakutan..mahu tempat bergantung..
ngtlah..Allah yang ada dimana2 sahaja..
“(Dialah) Tuhan timur dan barat, tidak ada Tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai pelindung”
73:9

“wahai Nabi (Muhammad)! Cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutmu”
8:64

Bila kita rsa susah dgn godaan n cobaan dunia..yang memujuk kita..
Ngtlah..janji Allah..yang tidak mungkin akan dimungkari..
“..mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) banding kehidupan akhirat”
13:26

“Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya, dan (mendapat) tempat yang baik di syurga ‘Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung”
9:72




Sunday 27 March 2011

Aku jatuh cinta..pada siapa??




Andaikan diri ku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpa Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

Saturday 26 March 2011

BdaY>>>>NIKMAT & AMARAN

Allah selamatkn kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkn (.............)
Allah selamatkan kamu..


BDay?
tambah lg angka..
bertambah tanggungjawab!
tidak mustahil untuk bertmbah dosa..
sure..akan dekat dgn ajal..
tp,mungkinkah akan bertmbah amal kebaikan?

jangan salah fham dgn BDay ni..
ia adalah NIKMAT DAN AMARAN..

NIKMAT

bersyukurlah..Allah bg kita pluang ntuk celebrate bday ni..ntuk kita tpop up blik amalan2 kebaikan..
ntuk bg kita masa lagi..kembali pd Dia
ntuk bg kita peluang lg..mncari cinta n redha Dia..
ntuk..selamatkn kita dr azab api neraka..
timbuskn amalan jahat dgn amalan kebaikan..

"Dan laksanakanlah solat pada kedua ujung siang(pagi dan petang) dan pada bagian permulaan malam. perbuatan2 baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. itulah peringatan bagi orang2 yang selalu mengingat (Allah)" hud:114

AMARAN
waktu kematian makin dekat
masa ntuk kumpul pahala mkin singkat..
ibadah kena tambah..

jangan gunakan waktu untuk bersuka ria..
jangan lagi membazir waktu..

cepat2 sedar..redha dan cinta siapa yang kita cari?
Allah or manusia..
cepat2..sedarlah..amal mana yang kita sedang wat?
amal baik / jahat..
cepat2..sedar yang kediaman abadi mana yang kita nak?
syurga atau neraka?

selamat hari jadi..
sanah helwah^-^

Thursday 24 March 2011

Tahu x yang Allah ada bersumpah dengan masa??

M...A...S....A.......
Dulu, time tadika, skolah rndah..msuk skolah menengah..kemudian belajar kt U..memang dah terpaku habis2 kat fikiran kita yang MASA IBARAT EMAS..HARGAILAH MASA, MASA YANG BERLALU X KAN DATANG LAGI...

Tapi, memang dah terpaku juga kat dalam hati..kita x feel pun bernilai nya MASA ni..betulkan..
Paling x pun, bernilai time nk exam..memang x bazir masa tengok tv, main game, g shopping..sebab nk stdy..lepas je exam..masa ntuk senang lenang bermula..YEAY!!!

Tahu x, ada apa dgn MASA ni(mcm ada apa dgn cinta..hihihi)..sampai Allah pun bersumpah dgn MASA..
Allah yang Maha Berkuasa, bersumpah dengan MASA. Macam raja2 bersumpah la kan..tapi, ni yang paling tinggi..Allah S.W.T...!!!

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
1. Demi masa!
2. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.
3. Kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh serta
saling berpesan supaya menjunjung ajaran (Allah) yang benar dan
saling berpesan supaya bersikap sabar.
(Al-Asr:1-3)

Realitinya..masa ni merugikan untuk smua manusia kat bumi ni. Sebab apa, time kta kecil..parents kita yg jaga kita..kita rugi sebab kita tak tahu, x kenal erti hidup ni..bila kita dah besar..bru la kita tahu hidup ni macm mana..
Tapi, bila kita dah kerja, ada keluarga sendiri..kita ada tanggungjawab sekarang. Rugikan..huhuhu
Setiap apa pun rugi..kita wat just nak survive..bila kita mati nanti..apa bekal yang kita bawa??

TAPI!!!......
 Kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh serta
saling berpesan supaya menjunjung ajaran (Allah) yang benar dan
saling berpesan supaya bersikap sabar.

Ada golongan yang tidak rugi..iaiu orang yang beriman. Orang yang beriman ni bukan semata mngucap 2 kalimah syahadah sahaja. Orang ni mestilah betul2 yakin, percaya Allah lah satu2nya yang layak disembah,tempat bergantung,cinta yang hakiki,tempat kita datang n kembali dll. Mempunyai akidah yang mantap. Bukan sekadar mengucap 2 kalimah syahadah...je tau..

Dan..orang yg beriman tu mestilah melakukan amal soleh. Disini ialah beribadah kepada Allah. Melakukan segala perintahNYA..meninggalkan laranganNya..melakukan kebaikan..yakin yang hidup dan mati adalah 1 kenyataan..bukan sekadar beriman sahaja kepada Allah..tidak sekadar itu..je tau..

Dan..orang tu jga mestilah saling menasihati satu sama lain. Hidup yang best, bahagia adalah hidup yang bermasyarakat..sebab tu Allah ciptakan ramai manusia..sebab Allah tahu apa yang best n mantap untuk kitaJ..kita mestilah membina tali silaturrahim dengan semua orang..kerana takwa itu tidak cukup dgn hbungan dgn Allah..tp kena ada hbungan dgn manusia..”habluminannas..hablum minallah”

Dan..orang tu juga kenalah sentiasa besabar..sebab bila kita nak menasihati orang, menegur ke..nak jadi kawan ke..mesti ada ujian skit..lain orang, lain ragam. Dan juga tanda Allah sayang kita, tanda Allah nk uji iman kita adalah melalui ujian. Ujian tu lumrah hidup. Kalau mahu redha Allah n syurgaNya..mesti ad usaha kanJ

Orang beriman akan menggunakan masa dengan melakukan amal kebaikan, mengelakkan diri dr wat perkara2 yang lagha (melalaikan). Kita tambah dekat dgn Allah, Allah tambah sayanG dgn kita. Dan x kn kita nk masuk syurga sorang2, jd kita haruslah menasihati insan lain ke arah yg betul..di samping kesabaran. Sabar itu sebahagian dr iman.

iAllah semua boleh wat..mai la..kita jd orag yang BERUNTUNG!!!!^-^

*rujukan:tafsir al-azhar

Wednesday 23 March 2011

saya cakap yang hidup ni macam main bola sepak??

Kenapa sy cakap hidup ni macam main bola sepak?
Kenapa ye..suka2 je cakap macam ni..hihihi
Sebenarnya..saya ada dapat pengisian dari kakak senior sy..

General rule main bola sepak adalah tendang bola sampai masuk gol. Lepas tu dikira menang..YEAY!!!
 Look simple knJ
Tapi, bukan senang nak tendang bola (sy pun x reti..huhuhu)..tapi practice make perfect kan..kan..kan..
Dan juga kita mesti tendang bola bukan pada gol sendiri..kalau x, pihak lawan yang dapat mata..free2 je..

Meh kita change cikit..
bola=dunia
tiang gol=akhirat
tiang gol pihak lawan=syurga
tiang gol sendiri=neraka

kenapa pula macam tu ye..hmmm

contoh lah..ada mega sale kat jaya jusco (YEAY!)..tapi,ramai orang kat situ,jadi kita mesti rebut seberapa banyak baju,kasut,len2 lg..sebelum orang lain amik (sebab murah kan..bukan selalu J )
kalau x rebut,nanti bila balik rumah..kita yang menyesal..huhuhu..tp, akan ada next mega sale..
macam tu jugalah dunia, kita mestilah menggunakan dunia ini sebagai tempat yang kita nak kumpul banyak2 amalan kebaikan untuk menempah rumah di syurga di akhirat. kalau x, kita lah manusia paling rugi, nerakalah tempat seteruk2 tempat kembali..TIADA PELUANG KEDUA..

jadi,kita tendang dunia untuk akhirat. Kita tendang bola..jaga bola x nak pihak lawan amik.
Kita tendang masuk ke tiang gol..dan menang..YEAY!
Maksudnya..kita wat ibadah pada Allah, amal maaruf nahi mugkar..tutup aurat,puasa,sedekah, belajar dan len2..sampai tiba masa nyawa kita di tarik. Kita jaga diri kita dari godaan syaitan, godaan hawa nafsu yang tidak mahu solat,menutup aurat, berseronok siang malam, bergaul bebas lelaki n perempuan dll..(pihak lawan)

“sesungguhnya kehidupan di dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu”
Surah Muhammad:36

But, kalau tiada tiang gol, kita asyik tendang bola tanpa arah tujuan..tendang ke sana, ke sini..sampai time ups..apa faedah yang kita dapat?
Macam sia2 je kita tendang bola tu..penat,berpeluh-peluh..huhuhu..ruuuuugiiiii..
Or kita tendang bola masuk tiang gol sendiri..pihak musuh tepuk kegembiraan iaitu syaitan. Kita menempah rumah di neraka..huhuhu

If,kita ada tiang gol je..tapi x de bola..kita nak wat apa?
Nak tendang apa? Kita berlari2 ke tiang gol tanpa bola..x dikira menang walaupun kita ada kat dalam tiang gol..sebab syarat nak menang mesti ada bola dalam tiang gol kan...

Tanpa dunia, iaitu amalan kebaikan kita..apa yang kita nak persembahkan kat Allah..apa yang kita nak jawab dgn Allah?
Sama la macam kita tiada tujuan hidup! Kenapa kita hidup kat dunia ni..bergembira sajakah?
Bekerja siang malam nak dapatkan makanan sajakah?
Bangun, pergi belajar, dan graduate kerja, kahwin, dapat anak..lepas tu?
Ke manakah kita mahu pergi bila mati nanti?
Syurga?..or neraka????

Fikir2 dan renungkanlah..
hidup kat dunia ni..hanya persinggahan..bukan tempat abadi..x kekal selamanya..
akhirat tu yang kekal selamanya..kekal abadi..tiada kesudahan..

Tuesday 22 March 2011

bahan..cara..HASIL!

Semua mesti tau macam mana nak wat kek (feveret hobi J )..mula2 kita mesti kena ada bahan, kemudian cara2 nak wat kek tu..lepas tu barulah jadi kek yang diidam2kan..hihihi

Boleh juga kalau nak wat meggi..kita mesti ada bahan iaitu meggi dan air panas (ni meggi segera..hihihi)..lepas tu cara nak wat ialah letak air panas dalam mangkuk meggi, lepas 3 min..hihihi makan (hasilya meggi yang sedap dan lembut).

Tapi,cuba kita fikir kalau kita wat meggi tu cara yang lain..kita ad meggi, but kita nak guna dengan air sejuk..agak2 jadi x?..mesti meggi tu x lembut kan..keras, x sedap.
Or, macam mana kalau kita wat meggi tu, tapi kita x letak pun air panas dalam mangkuk meggi..letak je air panas sebelah mangkuk meggi tu..jadi x meggi?..sampai bila2 pun meggi tu x lembut...huhuhu

Kita boleh tengok kat sini, tanpa bahan yang betul, sesuatu itu tidak akan menjadi. Dan juga tanpa cara yang betul, pun x menjadi.

Meh kita tukar cikit..
Bahan=akidah
Proses=ibadah
Hasil=ihsan

Tanpa akidah yang betul iaitu iman (percaya, yakin) pada Allah S.W.T..ibadah yang kita lakukan adalah sia-sia. Sebagai contohnya, org bukan islam mereka solat (cara mereka dgn menyembah berhala), mereka buat baik dll..tapi mereka tetap akan ditempatkan didalam neraka kerana akidah mereka yang sesat. Sia-sia sahaja amalan mereka selama ni. Mereka tidak mengakui Allah sebagai Tuhan yang HANYA SATU-SATUNYA LAYAK DISEMBAH.

Walaupun kita ada akidah yang betul but if kita punya ibadah salah..pun x boleh juga. Contohnya, kita solat..tapi kita solat tidak berdasarkn rukun solat. Misalnya tidak niat or tidak takbir dll..itu dikira salah juga. If puasa, tapi kita buka puasa waktu zohor, bukannya maghrib,tidak sah puasa kita kan. Maka, tiadalah amalan kita yang diterima oleh Allah. Sia-sia sahaja amalan kita ni..huhuhu..solat tu kan mencegah diri dari wat maksiat..tanpa solat yang betul, macam mana nak cegah maksiat?

"wahai orang-orang yang beriman! rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhamnu; dan berbuatlah kebaikan agar kamu orang yang beruntung" 22:77

Dengan akidah dan ibadah yang betul..insyaAllah, akan lahirlah ihsan. ihsan kepada Allah (takwa) dimana Allah menilai kita melaluinya, ihsan kepada manusia (akhlak) dan ihsan manusia kepada pekerjaa yang dilakukan. Islam itu agama yang indah, suci dan terpuji. Tiada cacat atau celanya islam ini, kerana ia adalah SATU-SATUNYA agama yang diredhai Allah.

*diolah dari ceramah ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saya mestilah muslim dari sudut akidah,ibadah &akidah)