beruntung..orang yang.. beriman.. beramal soleh.. berpesan2 pada kebaikan.. berpesan2 pada kesabaran..

Tuesday 22 March 2011

bahan..cara..HASIL!

Semua mesti tau macam mana nak wat kek (feveret hobi J )..mula2 kita mesti kena ada bahan, kemudian cara2 nak wat kek tu..lepas tu barulah jadi kek yang diidam2kan..hihihi

Boleh juga kalau nak wat meggi..kita mesti ada bahan iaitu meggi dan air panas (ni meggi segera..hihihi)..lepas tu cara nak wat ialah letak air panas dalam mangkuk meggi, lepas 3 min..hihihi makan (hasilya meggi yang sedap dan lembut).

Tapi,cuba kita fikir kalau kita wat meggi tu cara yang lain..kita ad meggi, but kita nak guna dengan air sejuk..agak2 jadi x?..mesti meggi tu x lembut kan..keras, x sedap.
Or, macam mana kalau kita wat meggi tu, tapi kita x letak pun air panas dalam mangkuk meggi..letak je air panas sebelah mangkuk meggi tu..jadi x meggi?..sampai bila2 pun meggi tu x lembut...huhuhu

Kita boleh tengok kat sini, tanpa bahan yang betul, sesuatu itu tidak akan menjadi. Dan juga tanpa cara yang betul, pun x menjadi.

Meh kita tukar cikit..
Bahan=akidah
Proses=ibadah
Hasil=ihsan

Tanpa akidah yang betul iaitu iman (percaya, yakin) pada Allah S.W.T..ibadah yang kita lakukan adalah sia-sia. Sebagai contohnya, org bukan islam mereka solat (cara mereka dgn menyembah berhala), mereka buat baik dll..tapi mereka tetap akan ditempatkan didalam neraka kerana akidah mereka yang sesat. Sia-sia sahaja amalan mereka selama ni. Mereka tidak mengakui Allah sebagai Tuhan yang HANYA SATU-SATUNYA LAYAK DISEMBAH.

Walaupun kita ada akidah yang betul but if kita punya ibadah salah..pun x boleh juga. Contohnya, kita solat..tapi kita solat tidak berdasarkn rukun solat. Misalnya tidak niat or tidak takbir dll..itu dikira salah juga. If puasa, tapi kita buka puasa waktu zohor, bukannya maghrib,tidak sah puasa kita kan. Maka, tiadalah amalan kita yang diterima oleh Allah. Sia-sia sahaja amalan kita ni..huhuhu..solat tu kan mencegah diri dari wat maksiat..tanpa solat yang betul, macam mana nak cegah maksiat?

"wahai orang-orang yang beriman! rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhamnu; dan berbuatlah kebaikan agar kamu orang yang beruntung" 22:77

Dengan akidah dan ibadah yang betul..insyaAllah, akan lahirlah ihsan. ihsan kepada Allah (takwa) dimana Allah menilai kita melaluinya, ihsan kepada manusia (akhlak) dan ihsan manusia kepada pekerjaa yang dilakukan. Islam itu agama yang indah, suci dan terpuji. Tiada cacat atau celanya islam ini, kerana ia adalah SATU-SATUNYA agama yang diredhai Allah.

*diolah dari ceramah ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saya mestilah muslim dari sudut akidah,ibadah &akidah)

2 comments:

  1. salam alaik...

    permulaan yang baik...semoga terus yakin untuk mnulis...amin..:)

    ReplyDelete