beruntung..orang yang.. beriman.. beramal soleh.. berpesan2 pada kebaikan.. berpesan2 pada kesabaran..

Thursday 24 March 2011

Tahu x yang Allah ada bersumpah dengan masa??

M...A...S....A.......
Dulu, time tadika, skolah rndah..msuk skolah menengah..kemudian belajar kt U..memang dah terpaku habis2 kat fikiran kita yang MASA IBARAT EMAS..HARGAILAH MASA, MASA YANG BERLALU X KAN DATANG LAGI...

Tapi, memang dah terpaku juga kat dalam hati..kita x feel pun bernilai nya MASA ni..betulkan..
Paling x pun, bernilai time nk exam..memang x bazir masa tengok tv, main game, g shopping..sebab nk stdy..lepas je exam..masa ntuk senang lenang bermula..YEAY!!!

Tahu x, ada apa dgn MASA ni(mcm ada apa dgn cinta..hihihi)..sampai Allah pun bersumpah dgn MASA..
Allah yang Maha Berkuasa, bersumpah dengan MASA. Macam raja2 bersumpah la kan..tapi, ni yang paling tinggi..Allah S.W.T...!!!

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
1. Demi masa!
2. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.
3. Kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh serta
saling berpesan supaya menjunjung ajaran (Allah) yang benar dan
saling berpesan supaya bersikap sabar.
(Al-Asr:1-3)

Realitinya..masa ni merugikan untuk smua manusia kat bumi ni. Sebab apa, time kta kecil..parents kita yg jaga kita..kita rugi sebab kita tak tahu, x kenal erti hidup ni..bila kita dah besar..bru la kita tahu hidup ni macm mana..
Tapi, bila kita dah kerja, ada keluarga sendiri..kita ada tanggungjawab sekarang. Rugikan..huhuhu
Setiap apa pun rugi..kita wat just nak survive..bila kita mati nanti..apa bekal yang kita bawa??

TAPI!!!......
 Kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh serta
saling berpesan supaya menjunjung ajaran (Allah) yang benar dan
saling berpesan supaya bersikap sabar.

Ada golongan yang tidak rugi..iaiu orang yang beriman. Orang yang beriman ni bukan semata mngucap 2 kalimah syahadah sahaja. Orang ni mestilah betul2 yakin, percaya Allah lah satu2nya yang layak disembah,tempat bergantung,cinta yang hakiki,tempat kita datang n kembali dll. Mempunyai akidah yang mantap. Bukan sekadar mengucap 2 kalimah syahadah...je tau..

Dan..orang yg beriman tu mestilah melakukan amal soleh. Disini ialah beribadah kepada Allah. Melakukan segala perintahNYA..meninggalkan laranganNya..melakukan kebaikan..yakin yang hidup dan mati adalah 1 kenyataan..bukan sekadar beriman sahaja kepada Allah..tidak sekadar itu..je tau..

Dan..orang tu jga mestilah saling menasihati satu sama lain. Hidup yang best, bahagia adalah hidup yang bermasyarakat..sebab tu Allah ciptakan ramai manusia..sebab Allah tahu apa yang best n mantap untuk kitaJ..kita mestilah membina tali silaturrahim dengan semua orang..kerana takwa itu tidak cukup dgn hbungan dgn Allah..tp kena ada hbungan dgn manusia..”habluminannas..hablum minallah”

Dan..orang tu juga kenalah sentiasa besabar..sebab bila kita nak menasihati orang, menegur ke..nak jadi kawan ke..mesti ada ujian skit..lain orang, lain ragam. Dan juga tanda Allah sayang kita, tanda Allah nk uji iman kita adalah melalui ujian. Ujian tu lumrah hidup. Kalau mahu redha Allah n syurgaNya..mesti ad usaha kanJ

Orang beriman akan menggunakan masa dengan melakukan amal kebaikan, mengelakkan diri dr wat perkara2 yang lagha (melalaikan). Kita tambah dekat dgn Allah, Allah tambah sayanG dgn kita. Dan x kn kita nk masuk syurga sorang2, jd kita haruslah menasihati insan lain ke arah yg betul..di samping kesabaran. Sabar itu sebahagian dr iman.

iAllah semua boleh wat..mai la..kita jd orag yang BERUNTUNG!!!!^-^

*rujukan:tafsir al-azhar

No comments:

Post a Comment