beruntung..orang yang.. beriman.. beramal soleh.. berpesan2 pada kebaikan.. berpesan2 pada kesabaran..

Thursday 7 April 2011

apa ye, sebelum ingat..tapi selepas lupa..

assalamualaikum^-^
tiba2 tfikir ssuatu yg slalu jd kt dri sndri..n mahu nk ubah..

bila kita nak makan...SEBELUM makan mmg jadi adat kbiasaan,kita akan baca doa makan..dgn niat,smoga rezeki yg kita makan diredhai Allah..
                              
tapi,kita bila SELEPAS makan,prut kenyang (alhmdulilah)..kita lupa nk baca doa lepas makan.. kita tidak istiqomah (berterusan) ingat dan bersyukur pada Allah..

bila kita nak start belajar..SEBELUM tu, kita akan baca doa kan..agar mudah untuk kita menerima ilmu..
tapi, SELEPAS hbis stdy..dah faham semua,ngat dalam otak (iAllah), kita lupa nak minta doa kt Allah agar redha dgn ilmu kita, sntiasa kuatkn ingatan kita..dan paling penting, agar ilmu yang kita belajr tadi, dapat kuatkn keimanan kita pada Allah..

setiap orang ada hajat n keinginan msing2..nak lulus exam, dapat banyak duit, nak sihat sentiasa..dan lain2..
SEBELUM kita dapat apa yang kita nak..kita begitu bersungguh2 berdoa pada Allah..wat amal kebaikan..dan lain2..
tapi, SELEPAS Allah yang Maha Penyayang kurniakan nikmat kat kita..kadang2 kita lupa untuk bersyukur pada Allah. kita tidak gunakan nikmat itu untuk melakukan amal maaruf, nahi mungkar..

banyak lagi perkara yang kita ingat untuk wat SEBELUM..tapi sayang, kadang2 kita lupa untuk wat yang SELEPAS..
mari kita mulakan dgn prkara yg simple2 je^-^
SEBELUM & SELEPAS..tidur
SEBELUM & SELEPAS..buat kerja
SEBELUM & SELEPAS..masuk n kluar rumah
SEBELUM & SELEPAS..masuk n kluar tandas
tak semestinya doa dalam bahasa arab, kita doa ayat sendri pun boleh..
cth'y: ya Allah, semoga engkau sentiasa memberkati ilmu yang telah aku pelajari..(doa selepas belajar)


mai,kita mohon kat Allah agar kita sentiasa jd hamba2NYA..yg bersyukur dan sntiasa istiqomah untuk bersyukur^-^

No comments:

Post a Comment