beruntung..orang yang.. beriman.. beramal soleh.. berpesan2 pada kebaikan.. berpesan2 pada kesabaran..

Monday 4 April 2011

bila ia perlu..ia mudah^-^

Stuju x,bila saya kata..apa yang kita perlu..ia mudah^-^

Contohnya..kita perlu makan..basically,ia mudah kan. Kita buka mulut dan makan. Kita tak rasa terbeban untuk makan, tak rasa ia akan menyusahkan malah menghabiskan masa kita..kalau x makan,tu yang akan memudaratkan kita..kan..kan..kan..

Misalnya, kita perlu untuk bernafas. Sebabkan ia perlu,bernafas ni x rasa beban untuk kita wat. Malah,kita akan rasa susah kalau x bernafas..kn..kn..kn..bley mati kalau x bernafas..huhu

Macam kita perlu untuk pakai baju. Kita tak rasa terbebankan untuk kita pakai baju,sebab ia perlu. Kalau x pakai..malu nak keluar. Kalau x pakai,sejuk pula nanti..

Stujukn..apa yang kita perlu,xkn rasa terbeban untuk kita buat..

Maknanya..SOLAT juga bukan beban untuk kita buat..bukan sesuatu yang akan menyusahkan kita, bukan juga suatu yang akan membazirkan waktu kita.
Solat itu perlu kerana pertama2nya sekali ia adalah antara RUKUN ISLAM..maknanya,suruhan Allah. Allah wajibkan solat atas kita. kita perlu untuk solat, sebab PENCIPTA kita suruh..

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu” 52:56

Solat juga adalah perkara pertama yang akan dihisab!..kalau x solat..amal2 kebaikan kita yang lain x kan dikira pun..wat penat je..huhuhu..
kita perlu untuk solat, supaya mudah dalam timbangan^-^

Solat adalah method untuk kita berkomunikasi dengan Allah. Method yang wat kita tambah dekat dengan CINTA HAKIKI kita. Dan antara method Allah ckap dgn kita adalah melalui Al-Quran. kita perlu solat, untuk tambah iman kita pd DIA

Bagi orang yang mahu jadi teratur,tersusun..solat bley latih kita tau. Melalui rukun2 solat kita ikut dengan tertib, solat diawal waktu..iAllah,kita akan jd orang yang lbiy teratur.. kita perlu solat, agar kehidupan kita akan tidak kelam kabut.


solat juga akan menjauhkn kita dari perkara yg mungkar. Ingat lagi x kt skolah agama ustzh ckp yang solat akan mencegah dr pbuatan mungkar. Ingat lagi x ckgu kaunseling ckp yang kalau x nk orang wat jahat dengan kita,kita jangan wat jahat kat orang. Jadi,kita solat untuk elak diri kita wat perkara jahat..simple kn^-^

dan yang paling  penting sekali,kita perlu sangat2 untuk solat, sebab kita perlu sangat2 REDHA ALLAH..walau kita wat amal banyak mana pun,x pernah wat dosa pun,x kan cukup untuk watkn diri kita layak masuk syurga. Disebabkn redha Allah,kita dapat masuk syurga. sweet kn Allah,walau kita x cukup syarat, still Allah sayang kt kita^-^



Akhir kata..
apa guna kita bley makan..tp x solat
Apa guna kita bley bernafas..jika x solat..
Apa lah guna kita wat amal2 baik sebesar gunung, andai x solat..
Jika x solat..x sempurna rukun Islam..
jika x sempurna rukun Islam..apakah nilai kita sebagai muslim?

Solat itu keperluan..bila kita rasa ia perlu,ia akan jadi mudah^-^

No comments:

Post a Comment