beruntung..orang yang.. beriman.. beramal soleh.. berpesan2 pada kebaikan.. berpesan2 pada kesabaran..

Tuesday 19 April 2011

semoga dpermudahkan^-^

Pertama-tama kali..:-)
Betulkan niat..
Ikhlaskan usaha keranaNya..
Kerana, kita dapat berdasarkan apa yang kita niatkan.
Letakkan harapan kita bukan pada markah yang cemerlang, tapi pada redhaNya..

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu.


Ketahuilah..
Allah melihat pada usaha kita..bukan pada result..
Kerana, Allah lah yang tentukan apa yang akan kita dapat

dan katakanlah bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang2 mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” 9:105

Mohonlah pertolongan kepada Allah..
Kerana..Dialah sebaik-baik tempat meminta ptolongan..

“dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Dan salat itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” 2:45

insan yang disayangi..
Pohonlah pada Allah..
Agar kita mampu dan di mudahkn dalam setiap sesuatu..

“Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan seluruh alam” 81:29

Doa  sentiasa untuk kamu..
Semoga dpermudahkn olehNyaJ
iAllah..

last word..
do ur best..let Allah do the rest..

1 comment:

  1. jazakallah my dearest...:)

    insyaAllah...semoga Allah mudahkan nanti..amin...:)

    ReplyDelete